Istilah An-Nasi' (penangguhan/pengunduran) merujuk kepada perbuatan memanipulasi kalendar, dan perbezaannya antara zaman Jahiliah Musyrikin dengan konteks "moden" (GMT) manipulasi hari dengan tukar pusat bumi fitrah dari Kaabah (Makkah) ke GMT (London), reka dunia timur (GMT+) dan dunia barat (GMT-) dan paksa lompat hari di garisan IDL menjadikan negara GMT+ (negara timur) awal daripada negara GMT- (negara barat).
Manipulasi sistem GMT An-Nasi' ini telah merosak kedudukan hari-hari fitrah terutama negara GMT+ (negara timur), telah mendahului hari fitrah bermula dari Kaabah dengan putaran fitrah (tawaf) tanpa henti 24 jam sehari semalam yang tiada lompat hari. Segala perbuatan An-Nasi' Jahilliyah telah diperbetulkan (direset) oleh Sang Pencipta seperti awal ciptaan langit dan bumi melalui Kekasih-Nya pada Jumaat 9 Zulhijjah 10H di Padang Arafah peristiwa agung Haji Wada' (Haji Akbar).
An-Nasi' Jahiliah Musyrikin
Pada zaman Arab sebelum Islam, kaum Musyrikin Makkah mengamalkan An-Nasi' untuk mengubah kedudukan bulan-bulan haram (Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram, dan Rejab).
Tujuan: Supaya mereka boleh berperang atau merompak pada bulan yang sepatutnya haram dengan "menghalalkan" bulan itu dan menukarkannya ke bulan lain.
Manipulasi: Mereka akan menambah bulan ke-13 (interkalasi) untuk memastikan musim Haji sentiasa jatuh pada musim luruh atau musim bunga yang sesuai untuk perniagaan.
Hukum: Allah mengharamkan perbuatan ini secara mutlak dalam Surah At-Tawbah (9): 37, menyifatkannya sebagai "tambahan dalam kekufuran" kerana ia menghalalkan apa yang Allah haramkan demi kepentingan duniawi.
Sistem Masa An-Nasi' GMT: London (GMT) rujukan +0, telah merubah hari sebenar ummat sejagat di sebelah timur dunia (GMT+) rekaan mereka menjadi lebih awal (Lompat Hari di garisan IDL) daripada pusat bumi fitrah Mekkah tanpa disedari.
Video Penjelasan Sistem Masa An-Nasi' GMT Jahilliah ModenDunia dibahagi dunia timur (GMT+) awal dan dunia barat (GMT-) lewat dengan alasan timur tempat matahari terbit. Benar matahari terbit dari timur dan terbenam di barat seperti dalam Quran tetapi tiada dunia timur atau dunia barat. Timur dan barat bumi sentiasa berubah ikut kedudukan putaran tanpa henti, yang tetap utara dan selatan. Seperti manusia kanan dan kiri sentiasa berubah ikut kedudukan, yang tetap kedudukan kepala dan kaki tiada yang berjalan kepala di bawah.
Simulator Masa MMT: Mekkah rujukan +0 dengan pusingan tawaf fitrah dapat memperlihatkan dengan jelas perubahan masa, HARI Fitrah dan tarikh secara nyata melalui perbandingan negara dan zon waktu 24 jam sehari.
Tujuan Allah Jadikan Alam Semesta:
Antaranya sebagai Alat Bantuan/Petunjuk supaya manusia memerhati dan berfikir tentang petunjuk-petunjuk Ilahi di alam semesta ini yang berkaitan kehidupan harian. Sebagai contoh, boleh buat semakkan dan perbandingan seperti mengsahkan Titik Mula Masa Dunia dengan alam semesta, iaitu setting default +0 untuk pusat bumi fitrah (Al-Ma'idah (5:97)) yang sebenarnya berada di mana? Adakah di Makkah atau di London?
Haji Wada' (Haji Akbar), Jumaat 9 Zulhijjah 10H adalah Allah melaksanakan Reset Masa kembali fitrah melului perlaksanaan haji perpisahan Kekasih-Nya Rasulullah SAW di Padang Arafah secara alami tanpa disedari hanya bagi kaum yang memerhati serta berfikir.
Baginda bersabda: "Sesungguhnya MASA telah kembali berputar seperti keadaannya pada hari Allah menciptakan langit dan bumi";... [Shahih Bukhari: No. 2958]
Sebagai Muslim WAJIB rujuk Al-Quran dan Al-Hadith sebagai petunjuk daripada Sang Pencipta alam semesta Allah S.W.T. dan seperti pesan terakhir Rasulullah ﷺ dalam khutbah Haji Wada', "Ummat Islam tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya berpegang teguh kepada dua perkara utama Kitabullah (Al-Qur'an) dan Sunnah Rasul-Nya (Hadis)".
The Great Reset: Time for Fitrah
(Haji Wada', Jumaat 9 Zulhijjah 10H)
Sahih Bukhari: No. 2958
Dalil Quran, Makkah Pusat Bumi dan Hari Jumaat
Ali 'Imran: 96,
Al-An'am: 92,
Maa'idah: 97 &
Al-Jumu'ah: 9