Istilah An-Nasi' (penangguhan/pengunduran) merujuk kepada perbuatan memanipulasi kalendar, dan perbezaannya antara zaman Jahilliyah Musyrikin dengan konteks Jahilliyah Moden (GMT). Perbuatan memanipulasi hari dengan menukar pusat bumi fitrah dari Kaabah (di Makkah) ke GMT (di London), juga mereka dunia timur (GMT+) dan dunia barat (GMT-) serta paksa lompat hari di garisan IDL (International Date Line) menjadikan semua negara GMT+ (negara timur) awal sehari daripada negara-negara GMT- (negara barat).
Manipulasi sistem GMT An-Nasi' ini telah merosak kedudukan hari-hari fitrah terutama semua negara GMT+ (negara timur), telah mendahului hari fitrah negara-negara barat (GMT-). Sedangkan hari-hari fitrah bermula dari Kaabah dengan putaran fitrah (tawaf) tanpa henti 24 jam sehari semalam yang tiada berlaku lompatan hari sama sekali kerana mengikut acuan dan aturan Sang Pencipta Alam Semesta. Segala perbuatan An-Nasi' Jahilliyah Musyrikin telah diperbetulkan (direset) MASA secara alami oleh Sang Pencipta melalui Kekasih-Nya Rasulullah ﷺ seperti awal ciptaan langit dan bumi pada Jumaat 9 Zulhijjah 10H di Padang Arafah suatu Peristiwa Agung Haji Wada' (Haji Akbar).
An-Nasi' Jahilliyah Musyrikin
Pada zaman Arab sebelum Islam, kaum Musyrikin Makkah mengamalkan An-Nasi' untuk mengubah kedudukan bulan-bulan haram (Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram, dan Rejab).
Tujuan: Supaya mereka boleh berperang atau merompak pada bulan yang sepatutnya haram dengan "menghalalkan" bulan itu dan menukarkannya ke bulan lain.
Manipulasi: Mereka akan menambah bulan ke-13 (interkalasi) untuk memastikan musim Haji sentiasa jatuh pada musim luruh atau musim bunga yang sesuai untuk perniagaan.
Hukum: Allah mengharamkan perbuatan An-Nasi' ini secara mutlak dalam Surah At-Taubah (9): 37, menyifatkannya sebagai "tambahan dalam kekufuran" kerana ia menghalalkan apa yang Allah haramkan demi kepentingan duniawi.
Sistem Masa An-Nasi' GMT: London (GMT) rujukan zon waktu +0, telah merubah hari sebenar ummat sejagat di sebelah timur dunia (GMT+) rekaan mereka menjadi lebih awal (Lompat Hari di garisan IDL) daripada pusat bumi fitrah Mekkah tanpa disedari.
Video Penjelasan Sistem Masa An-Nasi' GMT Jahilliyah ModenDunia dibahagi dua kepada dunia timur (GMT+) awal dan dunia barat (GMT-) lewat dengan alasan dunia timur tempat matahari terbit. Sangat benar mentari terbit dari timur dan terbenam di barat seperti dalam Quran tetapi tiada dunia timur atau dunia barat. Timur dan barat bumi sentiasa berubah ikut kedudukan putaran tanpa henti, yang tetap utara dan selatan. Seperti manusia, bahu kanan dan kiri sentiasa berubah mengikut kedudukan, yang tetap kedudukan adalah kepala dan kaki tiada yang berjalan kepala di bawah.
Simulator Masa MMT: Mekkah rujukan zon waktu +0 dengan pusingan tawaf fitrah dapat memperlihatkan dengan jelas perubahan masa, HARI Fitrah dan tarikh secara nyata melalui perbandingan negara dan zon waktu 24 jam sehari.
Tujuan Allah Jadikan Alam Semesta:
Antaranya sebagai Alat Bantuan / Petunjuk supaya manusia sentiasa memerhati dan berfikir tentang petunjuk-petunjuk Ilahi di alam semesta ini yang berkaitan kehidupan harian. Sebagai contoh, boleh buat semakkan dan perbandingan seperti mengsahkan Titik Mula Masa Dunia dengan alam semesta, iaitu setting default zon waktu +0 untuk pusat bumi fitrah (Al-Ma'idah (5:97)) yang sebenarnya berada di mana? Adakah di Makkah atau di London?
Haji Wada' (Haji Akbar), Jumaat 9 Zulhijjah 10H adalah Allah melaksanakan Reset Masa kembali fitrah melului perlaksanaan haji perpisahan Kekasih-Nya Rasulullah ﷺ di Padang Arafah secara alami tanpa disedari hanya bagi kaum yang memerhati serta berfikir.
Baginda bersabda: "Sesungguhnya MASA telah kembali berputar seperti keadaannya pada hari Allah menciptakan langit dan bumi";... [Shahih Bukhari: No. 2958]
Sebagai Muslim WAJIB rujuk Al-Quran dan Al-Hadith sebagai petunjuk daripada Sang Pencipta alam semesta Allah S.W.T. dan seperti pesan terakhir Rasulullah ﷺ dalam khutbah Haji Wada', "Ummat Islam tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya berpegang teguh kepada dua perkara utama Kitabullah (Al-Qur'an) dan Sunnah Rasul-Nya (Hadis)".
The Great Reset: Time for Fitrah
(Haji Wada', Jumaat 9 Zulhijjah 10H)
Sahih Bukhari: No. 2958
Dalil Quran, Makkah Pusat Bumi dan Hari Jumaat
Ali 'Imran: 96,
Al-An'am: 92,
Maa'idah: 97 &
Al-Jumu'ah: 9